Apa Itu Logo?




Logo adalah unsur grafik bagi tanda niaga atau jenama yang di setdalam jenis taip khas (font), atau diatur dalam bentuk tertentudan boleh dikenali. Bentuk, warna, jenis taip dan sebagainya.


Pada masa kini istilah logo telah digunakan bagi menggambarkanisyarat, emblem, coat of arms, simbol dan juga bendera. Logoadalah singkatan perkataan logogram iaitu gubah ringkasansesuatu bentuk. Selain itu, logo sangat penting dalam merekabentuk pembungkusan kerana ia melambangkan simbol atau pengenalansesebuah syarikat, barangan, perkhidmatan dan sebagainya. Sifatunik sesuatu jenis logo adalah penting bagi mengelakkan kekaburandalam kalangan pelanggan, pembekal, pengguna, afliate dan orangramai. Sejauh mana sesuatu logo mencapai matlamat ini, ia bolehberfungsi sebagai tanda dagang dan boleh digunakan bagimengenalpasti secara unik bisnes, organisasi, peristiwa, produkatau perkhidmatan. Apabila logo direka, satu cara yang palingberkesan adalah mendaftarkannya sebagai tanda dagang agar pihak ketiga yang tidak sah tidak boleh menggunakannya atau mengganggupemilik menggunakannya. Sekiranya hak berkait dengan logodiestablished dan dipertahankan dengan betul, ia mampu menjadiharta hakmilik intelektual (intellectual property) yang berharga.Ramai orang menganggap sesuatu logo hanyalah satu simbol grafikatau tanda. Walau bagaimanapun, ini bukan definisi yang tepatbagi pereka grafik dan ahli profesional pengiklanan. Sesuatu logoterdiri daripada samada nama dan lambang.Syarikat-syarikat besar membelanjakan beratus ribu dollar untukmengemaskini dan mendirikan logo mereka, sementara perniagaan-perniagaan kecil menggunakan khidmat pereka grafik tempatan untukmembina logo korporat mereka.
                                                 
Jenama Nike Merupakan Lambang.


SLOGAN JENAMA

Kadangkala sesuatu slogan disertakan dalam logo. Jika slogansentiasa ada di dalam logo dan dalam bentuk grafik yang sama, iaboleh dianggap sebagai sebahagian daripada logo. Ianya dianggap slogan jenama yang juga dipanggil claim, tagline atau endlinedalam industri pengiklanan. Tujuan utamanya ialah menyokongidentiti jenama bersama-sama logonya. Perbezaan antara slogandengan slogan jenama ialah slogan jenama kekal untuk masa yanglama untuk membina imej jenama manakala slogan yang berbezadikaitkan dengan sesuatu produk atau kempen pengiklanan.




Logo McDonalds dengan slogan jenama yang membantu menaikkan imejjenama. Nama syarikat tidak perlu disertakan kerana lambang ini sangatdikenali ramai.


JENIS-JENIS LOGO
Logo huruf (logo type)

  •  Terdiri daripada satu atau lebih huruf/abjad atau satuperkataan. Huruf yang dipilih biasanya singkatan (initial).
  • Contohnya, ACER, SONY,CANON, HONDA, OLYMPUS, TV3, ASTRO dansebagainya.



Logo representasi (pictogram)
  • Dicipta berdasarkan rupa bentuk objek-objek di alamsekeliling.
  • Bentuk asal dan gambar objek dipermudahkan untukmenghasilkan imej visual yang ringkas tetapi masihmengekalkan sifat-sifat asal objek itu.
  • Gubahan logo yang mudah, ringkas dan berkesan dapatmenyampaikan mesej dengan jelas tanpa sebarang penerangan.



Logo simbol

  • Merupakan tanda yang dikenal antarabangsa kerana dapatmenyampaikan mesej yang jelas tanpa mengira bahasa danbangsa.
  • Biasanya menggunakan rupa mudah sesuatu objek untuk mewakiliperkara-perkara yang ada perkaitan dengannya.